Skip to content

July 9, 2025

  • news@themalaytribune.com
The Malay Tribune
  • Home
  • Malaysia
  • World News
  • Sports
  • Life
  • Business
  • Education
  • More
    • GlobeNewswire
    • Current Affairs
Menu
  • Home
  • Malaysia
  • World News
  • Sports
  • Life
  • Business
  • Education
  • More
    • GlobeNewswire
    • Current Affairs

Malaysia

Hentikan spekulasi lelaki Bangladesh pakai baju logo PDRM

  • September 2, 2024
  • 4:26 pm
Hentikan spekulasi lelaki Bangladesh pakai baju logo PDRM


BALIK PULAU – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi selepas video tular menunjukkan seorang lelaki Bangladesh memakai baju-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya mengesan video tular yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Muhammad.firdaus025 pukul 1.30 tengah hari tadi.

“Hasil siasatan mendapati baju-T itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan bukan bagi penugasan rasmi IPD Barat Daya.

“Bagaimanapun, pihak polis mengambil maklum isu ini dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya. – MalaysiaGazette



Source link

  • baju, Bangladesh, hentikan, lelaki, logo, pakai, PDRM, spekulasi
Read Full News

OR

Go Back Home

Related Posts

Ukraine detains Chinese father, son for allegedly spying on missile programme

Ukraine detains Chinese father, son for allegedly spying on missile programme

9 July 2025
Jambatan runtuh, angka kematian meningkat 10 orang

Jambatan runtuh, angka kematian meningkat 10 orang

9 July 2025
PAC panggil Amir Hamzah beri keterangan isu penjualan saham MAHB

PAC panggil Amir Hamzah beri keterangan isu penjualan saham MAHB

9 July 2025
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand disyaki terbabit judi dalam talian, pengubahan wang haram

Rakyat Malaysia ditahan di Thailand disyaki terbabit judi dalam talian, pengubahan wang haram

9 July 2025
Bank Islam semak semula kadar pembiayaan susulan penurunan OPR

Bank Islam semak semula kadar pembiayaan susulan penurunan OPR

9 July 2025
Wanita alami ruam teruk, 22 tahun tak cuci solekan

Wanita alami ruam teruk, 22 tahun tak cuci solekan

9 July 2025
PrevPreviousAlmodovar back at Venice with stars Julianne Moore, Tilda Swinton
NextArus deras, penglihatan sifar sukarkan pencarian mangsa perahu berlanggarNext
  • About Us
  • Privacy Policy
  • FAQ
  • Guest Post Advertise
  • Contact US

© The Malay Tribune 2020-2024, All Rights Reserved.

Scroll to Top