Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan isteri tercinta, Uqasha Senrose kini menjadi tumpuan ramai selepas selebriti wanita itu memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal bin Ahmad Adli, 39, yang mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Uqasha menerima pujian ramai.
Menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan, rata-rata netizen menyifatkan Kamal seorang suami ‘green flag’ kerana melindungi dan mahu menyelamatkan mahligai cintanya itu.


Sebelum ini, pada prosiding kes perceraian Kamal dan Uqasha yang berlangsung pada pagi tadi, aktor filem Takluk: Lahad Datu ini menafikan dirinya berlaku curang.
Dalam masa sama, Kamal turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada Uqasha, sekali gus memujuknya untuk berjumpa secara bersemuka bagi menyelesaikan isu rumah tangga demi masa depan anak, Hawra Uqaira.
Terdahulu, peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.
Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Kamal memaklumkan, Abdul Hadi Mohammad Salleh bahawa prosiding hari ini hanya berlangsung sebelah pihak kerana tiada wakil peguam baharu hadir bagi pihak Uqasha.
Susulan itu, hakim memberikan amaran dan peluang terakhir kepada Uqasha untuk hadir bersama peguam dalam prosiding akan datang sebelum tindakan lanjut diambil.
Difahamkan, kes tersebut difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan tiada persefahaman antara suami isteri, dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 November ini.
Artikel Berkaitan: “Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik
AArtikel Berkaitan: Isu Cerai Kamal Adli ‘Nervous’ Hadir Ke Mahkamah – “Saya Tak Gembira Pun Sampai Di Sini”
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Dakwa Kamal Adli ‘Fake’ & Tak Jujur, Akui Dah Setahun Sabar Demi Anak – “Saya Dah Terlampau Masak…”
Artikel Berkaitan: Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi





