Young Tigress berguru di China

Young Tigress berguru di China


Lailin (kiri) percaya gabungan pemain senior dan muka baharu akan menguatkan pasukan menghadapi Piala Dunia Remaja Wanita di Chile pada Disember. Foto MHC

SIRI Jelajah China bermula Khamis hingga 11 November ini bakal menjadi medan penentu sejauh mana kekuatan sebenar skuad hoki remaja wanita negara menjelang Piala Dunia Remaja 2025 di Santiago, Chile.

Ketua jurulatih, Lailin Abu Hassan berkata, tujuh perlawanan persahabatan menentang Jiangsu Junior akan menjadi medan penting untuk menilai tahap ketahanan fizikal, kestabilan mental serta keserasian taktikal pemain ketika berdepan tekanan perlawanan kompetitif.

“Perlawanan persahabatan seperti ini memberi peluang untuk kami menilai lebih daripada aspek taktikal semata-mata.

“Saya mahu lihat bagaimana pemain mengurus tekanan dan mengekalkan fokus sepanjang 60 minit permainan

“Apa pun, Siri Jelajah China ini bakal jadi cerminan sejauh mana pemain bersedia untuk Santiago,” tambah Lailin.

Seramai 21 pemain bersama tujuh pegawai akan menyertai siri jelajah tersebut yang menjadi medan penting buat barisan muda negara menguji tahap kesiapsiagaan sebelum Piala Dunia yang bermula dari 1 hingga 13 Disember depan.

Terdahulu, skuad muda negara mencipta sejarah apabila layak ke Piala Dunia Remaja Wanita secara merit buat kali pertama selepas menamatkan saingan Piala Remaja Wanita Asia 2024 di tangga kelima.

Pasukan kali ini turut diperkuat gabungan pemain berpengalaman dan muka baharu termasuk tujuh pemain kebangsaan serta 14 pemain yang pernah beraksi dalam Kejohanan Remaja Asia 2024.

 

Ringkasan AI

  • SIRI Jelajah China menjadi medan penentu untuk skuad hoki remaja wanita negara menjelang Piala Dunia Remaja 2025 di Santiago, Chile
  • Ketua jurulatih, Lailin Abu Hassan, menyatakan tujuh perlawanan persahabatan menentang Jiangsu Junior penting untuk menilai ketahanan fizikal, kestabilan mental dan keserasian taktikal pemain
  • Siri jelajah ini memberi peluang kepada pemain untuk mengurus tekanan dan fokus sepanjang permainan
  • Seramai 21 pemain dan tujuh pegawai akan menyertai siri jelajah ini, sebagai persiapan sebelum Piala Dunia
  • Skuad muda negara mencipta sejarah dengan layak ke Piala Dunia Remaja Wanita secara merit buat kali pertama selepas menduduki tangga kelima di Piala Remaja Wanita Asia 2024



Source link

OR

Scroll to Top