Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz berkata dia belum terfikr lagi untuk mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah tahun lalu.
Memetik Oh Bulan, Aliff berkata dia kini berada di fasa bahagia dan mahu perbaiki diri serta menjadi insan lebih baik.
BACA: Aliff Aziz Tak Menghilang, Tak Mahu Ingat Kisah Lama
“Kalau nak tanya saya dah jumpa pengganti ke? Jawapannya belum. Tapi apa yang boleh saya katakan, sekarang saya berada dalam satu fasa yang membahagiakan.
“Saya gembira dan ingin terus memperbaiki diri, menjadi insan yang lebih baik dalam lingkungan yang ada sekarang. Alhamdulillah, itu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia tidak mahu mengulas panjang mengenai hal peribadi kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir namun dia menjawab kerana pihak media bertanya.
“Saya rasa soalan itu pun tak perlu dijawab panjang. Ramai di luar sana pun mungkin rasa perkara ini bukan sesuatu yang penting untuk tahu.
“Saya jawab sebab kawan-kawan media bertanya, tapi pada masa sama saya tak mahu beri jawapan yang akhirnya jadi buah mulut orang. Macam itulah, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Ayden dan Ara.
Sumber: Oh Bulan






