Panduan jawab tawaran haji

Panduan jawab tawaran haji


Layari laman web www.thijari.com.my untuk mengesahkan atau menolak tawaran panggilan haji untuk 1447H/2026.

Langkah 1

– Layari www.thijari.com.my untuk semakan tawaran dan muat turun Surat Tawaran Tunai Haji.

Langkah 2

– Lakukan pemeriksaan kesihatan di premis yang berdaftar dengan Tabung Haji (percuma di fasiliti kerajaan).

– Layari www.tabunghaji.gov.my dan aplikasi MySejahtera untuk muat turun senarai tempat pemeriksaan kesihatan.

– Bawa bersama MyKad dan Surat Tawaran Tunai Haji

Langkah 3

– Bakal haji akan menerima SMS, e-mel dan notifikasi THiJARI mengenai status pemeriksaan kesihatan.

– Bakal haji boleh menyemak status pemeriksaan kesihatan di MySejahtera masing-masing.

Langkah 4

– Layari semula www.thijari.com.my untuk melengkapkan proses terima tawaran haji atau tunda tawaran haji.

– Baca dan fahami isi maklumat tawaran haji ini dengan teliti sebelum menjawab tawaran haji.

– Menyemak semula maklumat yang telah dilengkapkan bagi memastikan maklumat yang diberikan itu tepat.

– Pastikan baki simpanan mencukupi seperti kadar bayaran yang telah ditetapkan dalam surat tawaran haji, memilih bayaran penuh atau memilih bayaran lebih daripada kadar yang telah ditetapkan mengikut tangga bayaran haji yang disediakan.

– Memasukkan maklumat ahli atau kumpulan keluarga yang pergi bersama terhad enam orang sahaja.

– Masukkan maklumat mahram atau pembantu (jika ada) tertakluk kepada jenis tawaran yang diterima.

– Memilih destinasi berlepas dan tiba. Contoh: Kuala Lumpur – Madinah atau Kuala Lumpur – Makkah (Jeddah).

– Kemaskini maklumat dua orang waris yang boleh dihubungi di Malaysia.

– Klik Perakuan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Perakuan Kesihatan.

– Bakal haji akan menerima kod kebenaran transaksi (TAC) sebagai pengesahan telah selesai menjawab tawaran haji.

Sumber: Tabung Haji



Source link

OR

Scroll to Top