Penyanyi Mark Adam mendedahkan dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-12 kerana mahu menambah ilmu dalam masa yang sama untuk mencari rezeki.
Memetik mStar Online, Mark berkata dia menyifatkan peluang tersebut adalah satu rezeki buat dirinya serta mengakui hidup dalam duni seni bukan mudah.
BACA: Peniaga Lain Ciplak Sate Bhalut, Mark Adam Anggap Rezeki Hanya Pinjaman
“Alhamdulillah bila dijemput, saya terfikir panjang juga. Saya pilih untuk masuk sebab nak belajar balik dan tingkatkan ilmu kerana ini pentas besar.
“Kita ini orang seni, hidup bukan mudah. Tujuan saya masuk ini untuk cari makan. Biasalah ada masa susah, ada masa senang. Tipulah kalau kata tak pernah susah,” katanya.
Sementara itu, Mark berkata dia serta isterinya, Norazah mempunyai ramai tanggungan tambahan pula dia merupakan anak sulung.
“Saya dan isteri ramai tanggungan. Satu di Filipina dan satu lagi di Malaysia. Itu tanggungjawab saya sebagai anak lelaki sulung,” katanya
Sumber: mStar Online






