Pelakon Sweet Qismina berkata dia belum terfikir untuk melakukan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bersama suaminya, Adam Lee untuk mendapatkan cahaya mata.
Memetik Oh Bulan, Sweet berkata usia perkahwinannya masih muda dan baru serta menyerahkan pada rezeki mengenai perkara itu.
BACA: Suami Suka Sweet Qismina Rambut Pendek, Guna Syampu Pun Jimat
“Saya tidak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, saya masih baru dalam rumah tangga. Baru tiga tahun dan saya rasa masih baru sangat.
“Saya masih muda dan saya akan follow the flow Ada rezeki ada kerana itu semua Allah punya kerja,” katanya.
Sementara itu, Sweet berkata dia dan suaminya gembira hidup berdua meskipun belum diberikan rezeki cahaya mata dan tidak menolak seandainya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
“Saya gembira sekarang ini mana tahu ada zuriat selepas ini. Apa-apa pun saya dan suami tidak pernah ada tekanan langsung daripada orang luar.
“Kami sangat bersyukur keluarga sangat beri semangat doakan yang baik. Rezeki saya tahun ini mana tahu rezeki zuriat pun datang juga tahun ini,” katanya.
Untuk rekod, Sweet Qismina dan Adam Lee mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
Sumber: Oh Bulan






