Pelakon Rebecca Nur Al Islam berkata dia tidak menyangka perkahwinan yang dibina selama 14 tahun berakhir pada Mei lalu.
Memetik mStar Online, Rebecca bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian dengan bekas suaminya, Datuk Nur Azman demi menjaga aib kedua belah pihak.
BACA: Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah
“Sejujurnya saya pun terkeju dan tak sangka perkahwinan saya yang dibina sampai di sini sahaja. Mungkin tiada jodoh antara kami.
“Tak perlu (kongsi punca bercerai) sebab akan mengaibkan kedua-dua belah pihak. Rasanya apa yang boleh ditutup untuk simpan aib sendiri dan bekas suami, kita tutuplah.
“Bagi saya hidup ini teralu singkat. Saya ikut apa yang sudah tertulis oleh Allah SWT. Saya terima ketentuan ini walau saya sendiri rasa tak sangka,” katanya.
Sementara itu, Rebecca berkata dia masih dalam fasa untuk memulihkan semangat serta menyesuaikan diri dengan kehidupan dan perlu bangkit demi 7 orang anaknya.
“Sejujurnya saya tengah ‘down’. Saya pun baru saja keluar rumah jumpa orang. Saya banyak mendekatkan diri kepada dunia yang kekal selamanya, tapi bila fikir semula saya ni dah nak mati ke?
“Saya sedar saya kena bangkit dan cari semangat semula untuk teruskan kehidupan serta mencari rezeki demi tujuh orang anak saya,” kongsinya.
Sumber: mStar Online






