Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah tampil memuat naik hantaran susulan timbul spekulasi netizen berkenaan hubungan ibunya, Sharifah Mahani dengan penyanyi Bella Astillah.
Menerusi hantaran di Threads, Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Truedollah meminta netizen untuk bertenang serta tidak menyerang ibunya.
BACA: “Saya Tak Bergaduh Dengan Sesiapa”

Menurut Dollah lagi, ibunya tidak berapa mahir dalam teknologi termasuk untuk mengikuti akaun lain di media sosial dimana ianya dibuat dengan bantuan anak-anak.
“Saya minta semua bertenang ya. Dan tolong, tolong jangan serang Mama. Kena faham sikit, mama ni kurang mahir bab IT (teknologi). Bab forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia pro, tapi kalau nak follow-follow tu biasanya anak-anak yang tolong buatkan.
“Saya sayang kamu semua, tapi chill dulu ok?” tulisnya.
Terdahulu, netizen mendakwa ibu Syed Saddiq dilihat sering memuat naik gambar bersama seorang wanita namun tiada hantaran gambar bersama Bella sekaligus menimbulkan tanda tanya.





