Tuduhan Tak Ambil Peduli Isu Palestin, Zizi Kirana Backup Faizal Tahir – “Siapa Cakap Macam Tu Dia Geng Isr**l”

Tuduhan Tak Ambil Peduli Isu Palestin, Zizi Kirana Backup Faizal Tahir – “Siapa Cakap Macam Tu Dia Geng Isr**l”


Tuduhan yang diberikan terhadap penyanyi popular dan aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir berkenaan isu tidak mengambil peduli misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini kembali menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkonsgian di Threads, individu yang dikenali sebagai @nhafizahhhh_ kelihatan berkongsi semula hantaran yang dibuat pengasas Cinta Salam Malaysia, Musa Nuwayri yang berkongsi peranan Faizal Tahir dalam misi kemanusiaan GSF yang berlangsung baru-baru ini sekali gus menepis dakwaan liar yang timbul mengenai penyanyi itu.

“Tadi share dekat Instagram Story, ni quotes dekat Threads pula. Untuk warga-warga Threads yang kata Faizal Tahir tak ambil tahu mengenai GSF masa kesemua sukarelawan kena intercept,” kongsinya.

Tidak berdiam diri, penyanyi lagu Eh! yang juga peserta misi, Zizi Kirana tampil bersuara dan mempertahankan Faizal apabila memuat naik kenyataan di platform sama.

Menurut Zizi, Faizal adalah individu yang paling istiqamah menyebarkan isu Palestin selain menjadi anatar individu yang sentiasa peka termasuklah bertanya perkembangan terkini misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

“Siapa yang cakap macam tu dia geng Isr**l.

“Abang Faizal lah yang paling istiqamah menyebarkan tentang Palestin dan sentiasa tanya perkembangan GSF,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa apabila masih terdapat segelintir rakyat Malaysia suka menuding jari tanpa mengetahui perkara sebenar.



Source link

OR

Scroll to Top