Susulan berita gembira mengenai perancangan pelakon jelita Tiz Zaqyah untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan, seorang lelaki dikenali sebagai Nas Amer mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama aktres berkenaan di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Nas Amer turut memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan mereka dipermudahkan.
“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya.
Perkongsian itu bagaimanapun menyorot perhatian ramai dan menerima pelbagai respons termasuklah dalam kalangan rakan selebriti yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke jenjang pelamin.




Terdahulu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak 37, memaklumkan, lelaki itu adalah sahabatnya yang dikenali sejak zaman kanak-kanak.
“Kami dah kenal lama, sejak zaman kanak-kanak. Dia bukanlah orang dalam industri, tetapi adik kepada seorang pelakon,” katanya.
Bagaimanapun, dia pasangannya itu belum menetapkan sebarang tarikh spesifik untuk majlis hari bahagia mereka.






