Piala FA: 90 minit pisahkan JDT ke pentas final

Piala FA: 90 minit pisahkan JDT ke pentas final

Piala FA: 90 minit pisahkan JDT ke pentas final


HANYA tempoh 90 minit memisahkan Johor Darul Ta’zim (JDT), untuk mara ke pentas final Piala FA hasil kemenangan 2-1 ketika berdepan Kuching City FC pada aksi pertama separuh akhir di Stadium Negeri, pada Ahad.

Kuching City FC bermula garang sebaik wisel permulaan dalam usaha membuka jaringan.

Hasilnya, Danial Asri hampir meledak jaringan pembukaan pada minit ke-2, namun rembatannya tinggi melewati palang gol.

JDT turut memiliki peluang bagi membuka jaringan namun tandukan Eddy Israfilov pda minit ke-12, tidak menepati sasaran.

Minit ke-17, JDT sekali lagi berpeluang untuk membuka jaringan namun lorongn cantik Arif Aiman Hanapi gagal disempurnakan jentera serangan skuad Harimau Selatan.

Skuad Harimau Selatan itu sekali lagi mencemaskan ribuan penyokong The Cats apabila pada minit ke-19, Bergson Da Silva berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan, namun rembatannya gagal menepati sasaran.

Seminit berselang, sekali lagi penyokong The Cats tergamam menyaksikan Arif Aiman berjaya melepasi kawalan pertahanan namun rembatannya sekadar menggegarkan tiang gol dan melantun keluar.

Bagaimanapun, minit ke-21 menyaksikan Danial Asri hampir menewaskan penjaga gol JDT, Syihan Azmi, namun tandukannya berjaya didakap kemas penjaga gol skuad kebangsaan itu.

Minit ke-25 giliran penyerang Kuching City FC, Ramadhan Saifullah mencemaskan benteng pelawat apabila berjaya melepasi kawalan benteng Harimau Selatan namun rembatannya tinggi melepasi palang gol.

Kuching City FC sekali lagi memiliki pulang keemasan menjaringkan gol apabila Danial Asri berjaya melepasi kawalan pertahanan JDT, namun rembatannya berjaya diselamatkan biarpun hanya berdepan satu sama satu dengan Syihan Azmi.

Pelawat akhirnya menjaringkan gol menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-36 hasil rembatan leret yang menewaskan penjaga gol lawan Haziq Nadzli.

Ketinggalan satu gol nyata tidak menggugat semangat kesebelasan Kuching City FC yang dilihat terus bangkit mengasak ke gawang pelawat bagi menjaringkan gol penyamaan.

Minit ke-44 menyaksikan peluang terbaik dimiliki tuan rumah. Lorongan cantik Danial Asri gagal disempurnakan Ramadhan Saifullah apabila rembatannya sekadar singgah ke palang gol sebelum dikeluarkan benteng pertahanan lawan.

Bersambung babak kedua menyaksikan JDT memiliki peluang menambah jaringan namun rembatan Bergson Da Silva tersasar ke sebelah kanan pintu gol Kuching City FC.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Brazil itu menebus kegagalannya dengan menyempurnakan lorongan Arif Aiman apabila merembat leret menewaskan Haziq untuk gol kedua pelawat pada minit ke-50.

Biarpun ketinggalan dua gol, namun kesebelasan The Cats dilihat semakin bersemangat mengatur asakan ke gawang pelawat dalam usaha merapatkan jurang gol dan sekali gus membawa bekalan selesa bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelak.

Hasil asakan bertali arus itu, Stadium Negeri akhirnya bergema apabila Petrus Shitembi memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan gawang pelawat bagi menjaringkan gol pada minit ke-70.

Jaringan itu dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Kuching City FC untuk mengasak hebat ke gawang pelawat dalam usaha menyamakan kedudukan.

Penghujung perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terus buntu untuk menambah jaringan dan sekali gus menyaksikan kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.

Ringkasan AI

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA
  • Kuching City FC mengawali perlawanan dengan agresif namun gagal menjaringkan gol
  • Bergson Da Silva berjaya menjaringkan gol pertama untuk JDT pada minit ke-36
  • Bergson Da Silva menambah gol kedua untuk JDT pada minit ke-50
  • Petrus Shitembi menjaringkan gol penyamaan bagi Kuching City FC pada minit ke-70



Source link

OR

Scroll to Top