Cruz KO, Jojo terima RM216,699

Cruz KO, Jojo terima RM216,699


KUALA LUMPUR – Jaguh Muay Thai muda negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo muncul dengan aksi lebih ‘panas’ apabila berjaya menewaskan lawan dari Mexico ketika perlawanan 168: Denver hari ini.

Dalam aksi yang mengambil tempat di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu, Jojo telah menewaskan lawannya, Jose Cruz secara knockout (KO) pada pusingan pertama.

Rekod itu sekaligus melebarkan sayap kemenangan Jojo, kini 6-1 sejak bermulanya perlawanan.

Jojo telah meraih bonus kemenangan sebanyak AS$50,000 bersamaan dengan RM216,699.

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna kerana diperoleh di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Dalam aksi itu, Jojo yang berusia 17 tahun menunjukkan dominasi penuh dan Cruz bukanlah saingannya apabila siri tumbukan Jojo telah beberapa kali membuat Cruz rebah sebelum lawan berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.

Kemenangan Jojo dalam perlawanan  berjaya menebus kekecewaannya apabila tewas kepada lawan dari Vietnam, Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 dalam perlawanan sebelum ini.

Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama Johan dalam karier profesionalnya sebagai seorang peninju Muay Thai. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top