Bekas suami kepada usahawan, Puteri Zarith iaitu Dr Munzir Shkori menjelaskan mengenai video tular baru-baru ini memaparkan dirinya bersama pelakon, Nur Fazura.
Memetik Oh Bulan, Dr Munzir berkata hubungannya dengan Fazura hanya kawan rapat dan tidak lebih daripada itu, tambahan pula mereka keluar makan bersama rakan-rakan yang lain.
BACA: Fazura Serah Jodoh Pada Tuhan, Mahu Suami Faham Agama, Bertanggungjawab
“Kami berdua memang kawan rapat, tidak lebih daripada itu. Video itu ketika kami keluar makan bersama-sama dengan beberapa kawan lain, minggu lalu,” katanya.
Sementara itu, Munzir berkata dia dan Fazura sudah berkawan lama serta tidak mengambil serius dengan usikan netizen yang menjodohkan mereka.
“Biasalah netizen suka mengusik. Tiada apa pun kami. Memang kawan dah lama,” katanya.
Terdahulu, tular video Munzir dan Fazura dilihat sedang makan malam di sebuah restoran bersama berapa rakan-rakan mereka yang lain.
Sumber: Oh Bulan






