Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia bakal memakai pendakap gigi tidak lama lagi dan menunggu pemasangan untuk dilakukan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella berkata keputusannya untuk memasang pendakap gigi bukan kerana penampilan tetapi keana masalah kesihatan mulut yang dihadapinya.
BACA: Netizen Persoal Tiada Gambar Bella Astillah DI IG Ibu Syed Saddiq?
“Saya akan buat braces, tahu tak Bella dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator.
“Saya tak ada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser, dan punca dia adalah daripada gigi saya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia tidak berkecil hati dengan komen netizen berkenaan bentuk giginya kerana tiada manusia yang sempurna.
“Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” katanya.






