“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh


Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan peribadi berhubung kekeliruan anak muda masa kini yang masih teragak-agak sama ada mahu membeli atau menyewa rumah.

Menerusi hantaran di Threads, Farah atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli menasihati golongan muda supaya memilih untuk menyewa sekiranya mereka belum menetapkan lokasi untuk menetap atau belum memiliki simpanan tunai yang kukuh.

“Sewa, selagi belum putuskan nak ‘settle down’ di mana dan belum ada wang tunai yang cukup.

“Ramai akan kata rugi kalau tak beli rumah waktu muda, tetapi kalau sampai terpaksa buat pinjaman dan terlibat dengan riba, itu lebih merugikan di akhirat nanti,” katanya.

Farah turut berkongsi meskipun sudah berusia 36 tahun, dia masih belum memiliki rumah sendiri kerana enggan terlibat dengan pembiayaan bank berunsurkan riba.

“Saya tengah bekerja keras untuk selesaikan pinjaman kereta secepat mungkin demi elak hidup dalam riba.

“Semoga sentiasa ada barakah dalam rezeki yang halal walaupun sekadar cukup makan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top