Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Mana tidaknya, perkongsian foto Zizi berlatar belakangkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak itu menyorot perhatian ramai apabila lokasi sama turut menyerupai foto yang dimuat naik Malique sebelum ini.
Bagaimanapun, Zizi mahupun Malique tidak mengulas lanjut tujuan sebenar mereka ke lokasi sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa penyanyi itu dalam proses menghasilkan naskhah baru bersama.
Malah, ada juga yang berpendapat, kehadiran Zizi dan Malique adalah untuk melawat dan menjalin kolaborasi bersama penyanyi dan komposer, Yassin Sulaiman yang ditempatkan di hospital berkenaan.








