Pasangan pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle mencuri perhatian warganet apabila ramai mendakwa rupa paras Mimi kelihatan berseri dan berisi, sekali gus mencetuskan spekulasi mengatakan pelakon itu kini hamil.
Menerusi perkongsian foto tular di media sosial baru-baru ini, kelihatan Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.
Dan, apa yang lebih menarik perhatian, rata-rata warganet mula membuat andaian mengenai status keadaan terkini Mimi.
“Adakah Mimi kini pregnant? Harap-harap iya lah.. Suka sangat dengan mereka,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa teruja apabila ramai diantara mereka yang ebrteka teki bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.


Bagaimanapun, setakat ini Mimi mahupun Syafiq masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2025 secara tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.






