Nabila Razali DM Cha Eun-Woo, Ajak Kolaborasi Muzik Video Bersama 

Nabila Razali DM Cha Eun-Woo, Ajak Kolaborasi Muzik Video Bersama 


Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali mencuri perhatian warganet apabila secara berseloroh mengajak bintang Korea Selatan, Cha Eun-woo, untuk berkolaborasi bersama dalam sebuah muzik video (MV).

Menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di Threads, Nabila mendedahkan, usahanya itu bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, sebaliknya sudah diusahakan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Bella atau lebih mesra dipanggil Bella memaklumkan, tindakan menghantar pesanan langsung (Direct Message) kepada Cha Eun Woo itu telah dibuat pada 27 Julai lalu.

“Bukan apa lah, saya dah cuba dari Julai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi pesanan tersebut, pelantun lagu Peluang Kedua itu menzahirkan harapannya untuk berkolaborasi bersama Cha Eun Woo,

“Helo Cha Eun Woo Oppa, Saya Nabila Razali dari Malaysia.

“Saya adalah peminat anda. Saya sangat berbesar hati untuk mengajak dan berkolaborasi bersama anda dalam muzik video saya,” katanya.

Tindakan berani  Bella itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-ratanya terhibur, malah tidak kurang yang menyokong inisiatif penyanyi itu untuk merealisasikan impian besar tersebut.

Bahkan, ada juga yang memuji keberanian Bella kerana mencuba sesuatu di luar kebiasaan artis tempatan, selain berharap agar usaha itu mendapat perhatian pihak pengurusan Eun-woo.



Source link

OR

Scroll to Top