Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 

Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 


Jurufoto dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs, akhirnya mengambil keputusan untuk memotong gelang penjara yang dipakaikan kepadanya ketika menjadi tahanan tentera penceroboh pada Oktober lalu.

Perkara itu dikongsikan menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik Haroqs baru-baru ini.

Malah, Haroqs yang ditemani rakan seperjuangannya iaitu pelakon Ardell Aryana dan Penyanyi, Zizi Kirana itu menunjukkan keadaan gelang tersebut yang semakin rosak.

“Suka betul ya Kak Zizi Kirana dan kak Ardell Aryana,” tulisnya.

Menurut Ardell, gelang yang sepatutnya menjadi tanda pengenalan tahanan itu kini berada dalam keadaan menjijikkan.

“Ya Allah, berkulat, hitam dah semua…Ni kalau naik dekat otak ni kecut otak tau.

“Tengoklah macam mana bentuknya. Kalau elok lagi okay sahaja,” selorohnya.

Dalam hantaran sama, Ardell turut menzahirkan harapan agar Haroqs dapat kembali menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, meskipun berdepan detik getir ketika ditahan tentera rejim sekali gus mendoakan agar pembebasan Palestin menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Semoga tahun depan Haroqd dapat pergi lagi. Kali ni Haroqs betul-betul break the siege,” kata Ardell.

“Semoga Palestin bebas suatu hari nanti. Aamiin,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top