Menyedari cabaran yang semakin meningkat dalam membezakan kandungan asli dan janaan AI ekoran evolusi teknologi pesat, REV Media Group mengambil langkah proaktif. Inisiatif ini bukan sahaja meneruskan siri cabaran popular ‘REAL ke AI?’, malah turut diperluas dengan perkongsian pelbagai alatan AI berguna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Kempen ini telah menampilkan pelbagai sorotan menarik, termasuk proses di sebalik kejayaan Project Thric3 serta minda kreatif yang menggerakkan projek ini.
Sempena sambutan Hari Malaysia, satu cabaran visual turut diketengahkan bagi menguji kebolehan orang ramai mengenal pasti hidangan sebenar.
Satu lagi cabaran visual bertemakan ‘mood’ percutian turut dipaparkan, mengajak pengikut membezakan destinasi idaman yang benar dan yang buatan AI.
Inisiatif ini juga berkongsi sorotan mengenai alatan AI yang terbukti memudahkan pelbagai urusan harian, menumpukan kepada alatan yang paling popular dan kerap digunakan.
Satu lagi cabaran popular menguji kebolehan pemerhati untuk mengenal pasti individu sebenar antara dua pilihan (A atau B).
Pada terasnya, kempen REAL ke AI? ialah satu seruan penting di Malaysia untuk menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab. Inisiatif ini bermatlamat mengingatkan semua pihak agar sentiasa peka, berkongsi secara berhemah, dan memainkan peranan bersama dalam membina ruang digital yang lebih dipercayai.
#REALkeAI #SemakFaktaSebelumBertindak
Untuk maklumat lanjut dan menyahut seruan ‘Semak Fakta Sebelum Bertindak’, ikuti perkembangan REAL ke AI?





