‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara

‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara


Penyanyi berbakat, Aisha Retno akhirnya bersuara selepas tindakannya menghadiahkan batik tenunan Malaysia kepada dua bintang Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo ketika tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura baru-baru ini, mencetuskan perdebatan netizen.

Menerusi ruangan komen sebuah video di TikTok miliknya, Aisha membalas komen seorang individu yang dipercayai daripada negara jiran telah menegurnya mengatakan asal usul batik adalah dari Indonesia.

Tidak menafikan perkara tersebut, Aisha berkata dia amat menyukai batik Indonesia memandangkan ibunya adalah orang asli negara berkenaan.

“Sudah tentu saya suka batik Indonesia, ibu saya memang berasal dari sana,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Tak Adil ini menjelaskan kehadirannya pada tayangan perdana filem Wicked 2 itu adalah mewakili Malaysia, justeri dia memilih batik tenunan Malaysia sebagai cenderahati kepada dua selebriti kerana mahu memperkenalkan budaya Malaysia.

“Tapi memandangkan saya mewakili Malaysia, sebab itu saya mencari dan membeli batik tenunan atau cantingan yang sememangnya dari Malaysia.

“Kalau tengok video itu, saya harap ia dapat jelaskan keadaan sebenar. Saya langsung tak pernah mendakwa semua jenis batik berasal dari Malaysia, cuma batik yang saya berikan kepada mereka saja.”.

“Batik di setiap negara berbeza mengikut etnik dan budaya masing-masing. Batik Indonesia memang hebat dan menjadi inspirasi kepada banyak negara. Saya sendiri sangat menghargai kepelbagaian seni batik,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’



Source link

OR

Scroll to Top