Elisya Sandha Macam Tak Percaya Usia 26 Ada Dua Anak

Elisya Sandha Macam Tak Percaya Usia 26 Ada Dua Anak

Elisya Sandha Macam Tak Percaya Usia 26 Ada Dua Anak


Pelakon Elisya Sandha seakan tidak percaya pada usianya 26 tahun sudah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menerusi satu hantaran di Threads, Elisya berkata dia meluahkan rasa syukur diatas rezeki zuriat meskipun tidak sempat melakukan pelbagai perkara lain namun anak-anak melengkapkan hidupnya.

BACA: Bakal Timang Anak Lelaki, Suami Bawa Elisya Sandha Tunai Umrah Tanda Penghargaan

“Macam tak percaya pada umur saya 26 tahun dah ada dua anak… sejujurnya saya dipenuhi rasa syukur. 

“Walaupun ada anak ni kadang-kadang macam-macam kita tak boleh nak buat (tu belum layan perangai anak lagi) tapi ada dia orang dalam hidup buat saya rasa lengkap. Syahdu mak mak mai dah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan mereka sama seperti Elisya memiliki dua cahaya mata di usia berkenaan, tidak kurang juga ada baru bertemu jodoh pada umur 26 tahun.

Elisya berkahwin dengan anak sulung kepada penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.






Source link

OR

Scroll to Top