Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan pelakon Mimi Lana meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Menerusi hantaran itu, Mimi dilihat diraikan secara sederhana bersama suaminya, Syafiq Kyle serta ahli keluarganya.
BACA: Mimi Lana Cadang Kes Jenayah Bawah Umur Bawa Ke Tali Gantung
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila ada salah satu gambar memparkan Syafiq memegang perut Mimi sekaligus timbul dakwaan aktres itu sedang berbadan dua.
Meskipun hanya berspekulasi, namun ada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan Mimi dan Syafiq bahagia hingga ke akhir hayat.






