“Hujung Bulan Ni Genap 10 Tahun Pemergian” – Amir Raja Lawak Zairah Pusara Yus Jambu

“Hujung Bulan Ni Genap 10 Tahun Pemergian” – Amir Raja Lawak Zairah Pusara Yus Jambu


Pelawak Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur berkesempatan melawat pusara Allahyarham Pak Yus yang genap 10 tahun pemergiannya hujung bulan ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amir berkongsikan kenangan dengan arwah yang rajin menghubunginya untuk bertanya khabar serta berborak.

BACA: “Abah Dah Tiada, Duit Masih Belum Dapat” – Amir Raja Lawak 

“Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya singgah ke ‘rumah baru’ arwah Pak Yus. Hujung bulan ini genap 10 tahun pemergian Pak Yus

“Last saya peluk Pak Yus masa kat Hospital Selayang. Dahulu rajin Pak Yus call tiba-tiba semata untuk bertanya khabar dan berborak kosong,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata meskipun tidak mempunyai hubungan rapat dengan arwah namun cara Pak Yus bergaul membuatkan dia tidak merasa jauh 

“Walaupun tidak serapat seperti sahabat yang lain sebenarnya, tapi cara Pak Yus bergaul itu buat adik-adik rasa tak jauh dengan seorang Pak Yus ketika hayat

“Semoga diterangkan kubur Pak Yus, dilapangkan kubur Pak Yus, dan semoga arwah Pak Yus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, ahli syurga, dan para syuhada’ , aamiin ya mujib,” tulisnya.

Untuk rekod, Yus Jambu meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang pada 30 November 2015.






Source link

OR

Scroll to Top