8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman

8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman

8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman


Penyanyi Irene Catalina kembali mewarnai industri hiburan selepas lapan tahun menyepi.

Pernah menganggotai kumpulan Angels pada tahun 2004 dan bergerak solo selepas itu, Irene yang kini 47 tahun menegaskan faktor usia bukan halangan untuk terus berkarya.

Menurut Irene, usianya menjadi nilai tambah dan keistimewaan yang membezakan dirinya daripada penyanyi lain, terutama apabila memilih untuk tampil dengan genre pop dance yang disuntik elemen hip-hop 90-an.

“Saya rasa lain daripada yang lain sebab saya sudah berumur, tapi saya bawakan lagu bertenaga macam ini. Umur 47 itu sendiri sudah jadi kelebihan untuk saya.

“Ada yang tanya, kenapa saya lama menyepi? Sebenarnya, tahun-tahun ‘senyap’ sebelum ini bukanlah kerana merajuk dengan industri.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya menumpukan perhatian kepada kerja di belakang tabir termasuk pengurusan acara serta tugas sebagai pengurus pemasaran.

“Dalam masa sama, saya masih memenuhi jemputan persembahan di majlis-majlis korporat sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Tak ada istilah saya merajuk. Saya cuma fokus pada kerja belakang tabir. Dalam masa sama, saya tetap menyanyi di majlis korporat,” katanya.

Percaya perjalanan seninya masih jauh dan yakin dengan karya kreatif tidak mengenal batasan usia, Irene kini muncul dengan single Mau Apa Lagi.

“Saya sudah bersedia kalau ada yang mengkritik dan mengecam sebab bagi saya, seni memang tidak ada had umur. Saya rasa belum terlambat untuk kembali mewarnai industri. Saya juga bersedia menghadapi persaingan.

“Selepas lapan tahun tanpa single baharu, saya membuat kemunculan semula dengan lagu Mau Apa Lagi, ciptaan Bendittho. Lagu berkonsepkan pop dance dengan sentuhan hip-hop 90-an itu membawa semula vibe groove dan aura street style era tersebut dalam gaya moden,” katanya lagi.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan menggunakan gimik untuk menarik perhatian, Irene mengakui ia perlu dipertimbangkan kerana persaingan industri kini semakin sengit dengan kehadiran generasi baharu yang lebih muda.

“Kalau boleh saya nak elakkan gimik yang tidak perlu, tapi kalau satu hari nanti ia jadi keperluan, saya akan fikirkan juga. Bukan mudah nak bersaing dengan bakat-bakat baharu sekarang,” jelasnya.





Source link

OR

Scroll to Top