Farahdhiya Selesa Cari Jodoh Guna Cara ‘Old Fashioned’ – “Orang Zaman Sekarang Suka Buat & Cakap Benda Pelik-Pelik, Saya Jadi Takut”

Farahdhiya Selesa Cari Jodoh Guna Cara ‘Old Fashioned’ – “Orang Zaman Sekarang Suka Buat & Cakap Benda Pelik-Pelik, Saya Jadi Takut”

Farahdhiya Selesa Cari Jodoh Guna Cara ‘Old Fashioned’ – “Orang Zaman Sekarang Suka Buat & Cakap Benda Pelik-Pelik, Saya Jadi Takut”


Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, mengakui dirinya lebih selesa mencari jodoh dengan cara lama berbanding mengikuti trend baharu yang semakin popular di media sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya atau nama lengkapnya, Nur Farahdhiya Mohd Amin berkata, walaupun tidak mengikuti sesiapa di platform Threads, dia masih boleh melihat hantaran rawak termasuk dari individu yang secara terbuka mencari pasangan di platform berkenaan.

“Saya tak mengikuti siapa-siapa di Threads, tapi saya boleh nampak random text from random people.

“Hari ni nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Good idea sebenarnya walaupun macam ada yang pelik. Mungkin sebab saya jenis ‘old school’,” katanya.

Meskipun memilih pendekatan lama yang dirasakan lebih sopan dan selamat, pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini menegaskan, bercinta dan menjalani hubungan mengikut cara lama lebih jujur dan tidak kompleks.

“Saya mahu seorang lelaki yang ajak atau membuat pendekatan terlebih dahulu kepada saya walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain. Tapi okay je saya lebih suka dan selesa ikut cara ‘old fashioned’.

“Bercakap mengenai perkara itu, rindu pula zaman bercinta dulu-dulu. Lain betul dengan sekarang. Orang zaman sekarang suka buat benda pelik-pelik. Sama ada bercakap atau apa yang mereka buat, saya jadi takut,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top