Konsert DOLLA Good Girls Gone Bad Live in KL Dibatalkan

Konsert DOLLA Good Girls Gone Bad Live in KL Dibatalkan


Konsert Dolla Good Girls Gone Bad Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 Disember depan terpaksa dibatalkan.

Menurut pihak SAH Entertainment dan Universal Music Malaysia, keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana kekangan masa, aspek keselamatan dan operasi teknikal yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Malah,  sebagai penganjur, pihak SAH Entertainment mahu menyajikan persembahan berkualiti dalam standard terbaik namun,  isu yang disenaraikan menyebabkan pihaknya bimbang tidak dapat menyajikan kepuasan kepada peminat.

Justeru, isu kontroversi yang timbul menyebabkan pihak penganjur akan memulakan proses pemulangan semua wang hasil dari kutipan tiket kepada peminat yang telah membeli dan menyokong Dolla.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, turut meluahkan rasa kecewanya apabila konsert ini terpaksa dibatalkan sekali gus menganggap keputusan yang dibuat bukan lah mudah apatah lagi terhadap peminat-peminat Dolla.

“Kepada seluruh peminat Kumpulan Dolla, kami sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

“Pembatalan konsert yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini bukanlah sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat apatah lagi bila melibatkan kumpulan yang luar biasa ini termasuklah iDolla.

“Kami memohon maaf atas segala masalah yang berlaku tetapi komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat semua akan kekal menjadi keutamaan kami,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top