Mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 8,895 orang

Mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 8,895 orang


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir membabitkan lima negeri terus meningkat kepada 8,895 orang membabitkan 3,162 keluarga dengan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) susah dibuka setakat jam 8 malam ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 7,695 orang daripada 2,810 keluarga dengan 31 PPS dibuka di empat daerah diikuti Kedah seramai 404 orang daripada 122 keluarga dengan tiga PPS dibuka.

“Terengganu pula merekodkan 361 mangsa banjir membabitkan 108 keluarga dengan dua PPS dibuka.

“Mangsa banjir di Perlis pula seramai 307 orang daripada 92 keluarga ditempatkan di dua PPS sementara di Pulau Pinang 128 mangsa banjir membabitkan 30 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam kenyataan malam ini.

NADMA berkata, di Kelantan daerah yang banjir adalah Tumpat (4,221), Kota Bharu (1,941) Bachok (1,416) dan Pasir Puteh 117 orang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top