Pendakwah bebas, PU Rahmat sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas memberikan respons balas yang tegas namun penuh makna mengenai isu kahwin lewat.
Ia susulan pertanyaan yang diajukan oleh seorang netizen menerusi hantaran di Threads sam ada normal atau tidak seseorang individu itu masih belum berkahwin meskipun berumur 32 tahun.
“Normal ke 32 tahun tak kahwin lagi?” soal netizen.
PU Rahmat atau nama lengkapnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 32, bagaimanapun tampil membalas kenyataan tersebut.
“Normal sis, ada kawan saya sama-sama lahir tahun 1993 dan dah meninggal.
“Kadang ajal datang lebih awal daripada jodoh. Al-fatihah,” balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Hari Lelaki, Muhammad Sajjad” – PU Rahmat Titip Pesanan Sinis Buat Sajat?
ARTIKEL BERKAITAN:“Ujian Gaza Lebih Besar Berbanding Kami” – PU Rahmat Puji Keteguhan Ardell Aryana Dalam Misi Kemanusiaan GSF
ARTIKEL BERKAITAN:Hazwani Helmi Pesan Hargai Masa Single – “Belum Tentu Jodoh, Mungkin Ajal Dulu Datang”






