Tawau, Kalabakan mampu jadi hab pertanian moden – Ahmad Zahid

Tawau, Kalabakan mampu jadi hab pertanian moden – Ahmad Zahid

Tawau, Kalabakan mampu jadi hab pertanian moden – Ahmad Zahid


am@hmetro.com.my

Tawau: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Tawau dan Kalabakan sebagai kawasan yang mempunyai potensi luar biasa untuk muncul sebagai hab pertanian moden dan pusat Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) di Sabah.

Beliau berkata, kesuburan tanah di daerah itu memberikan kelebihan besar untuk memacu pertanian moden, sekali gus melonjakkan sektor makanan dan agroteknologi yang bernilai tinggi.

Katanya, pembangunan pertanian moden itu perlu digerakkan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mana latihan Hi-TVET khususnya bidang agroteknologi perlu menjadi tunjang kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Saya berasakan Tawau dan Kalabakan mempunyai potensi sangat besar untuk kita bawa pembangunan.

“Kawasan ini sangat subur dan bukan sahaja sesuai untuk pertanian tradisional tetapi pertanian moden.” katanya pada sidang media selepas Program Sentuhan Kasih Desa@Tanjung Batu dan Khatam Perdana Pra-Tahfiz Tabika Kemas Peringkat Negeri Sabah di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau.

Beliau berkata ketika ini, Majlis TVET Negara sedang merancang menjadikan Tawau sebagai pusat Hi- TVET baharu di Sabah, selain Institut Kemahiran MARA (IKM) yang sedia ada di Kota Kinabalu.

Katanya, walaaupun terdapat 24 GiatMARA di seluruh Sabah, tetapi keperluan terhadap Hi-TVET di Tawau adalah mendesak untuk memenuhi permintaan industri dan pelaburan baharu.

“Dalam hal ini, Institut Kemahiran MARA (IKM) bakal menawarkan kursus yang mempunyai kadar kebolehpasaran tinggi. Ini penting kerana kadar pengangguran di Sabah mesti dikurangkan, dan Hi-TVET perlu dijadikan asas pembangunan tenaga kerja tempatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, untuk membuka pintu pelaburan dan merancakkan industri di Tawau, penyelesaian segera terhadap isu tiga serangkai (jalan raya, elektrik dan air) perlu diberikan keutamaan.

“Pelaburan luar hanya dapat dibawa masuk apabila isu tiga serangkai ini diselesaikan segera.

“Pada masa sama, latihan itu penting kerana 199,800 penganggur terdiri daripada anak muda di Sabah. Kita tidak mahu mereka adalah hampir 20 peratus penganggur datang dari Sabah. Kita tidak mahu mereka terus berhijrah mencari pekerjaan di Sarawak atau di Lembah Klang.

“Tenaga kerja Sabah mesti diberikan latihan, diberi tumpuan dan dilibatkan dalam pembangunan negeri mereka sendiri. Itu sebabnya kita bercadang mendirikan sebuah lagi IKM di Tawau dalam Rancangan Malaysia dan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1),” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebuah kolej komuniti dan sebuah politeknik baharu sudah dikenal pasti untuk dibangunkan di daerah ini.

“Penekanan ini bukan kerana PRN, tetapi kerana ia sudah lama dirancang. Apa yang penting ialah pelaksanaannya mesti dipercepat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid optimis terhadap peluang Barisan Nasional (BN) pada PRN Sabah, berdasarkan pemerhatiannya di lapangan.

“Saya telah lakukan tinjauan… ada kawasan agak mudah untuk kuasai dan kuasai semula tapi saya amat yakin dengan pilihan calon kerana mereka sudah lalui tapisan penuh teliti. Mereka ada potensi sangat besar dan bawa kemenangan.

“Dan kita minta mereka istiqamah menyantuni pengundi bukan sahaja pengundi BN tetapi pengundi keseluruhannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top