24 November 2025 07:00am
Masa membaca: 4 minit

Isak (kanan) setakat ini belum menemui ‘naluri pembunuhnya’ seperti yang dipamerkan ketiak menyarung jersi Newcastle United. FOTO: Agensi
ALEXANDER Isak mencatat satu rekod yang tidak diingini apabila menyamai pencapaian 119 tahun lalu susulan kekalahan 3-0 Liverpool kepada Nottingham Forest di Anfield pada Sabtu.
Isak berada dalam kesebelasan utama ketika The Reds mengalami kekalahan keenam dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke-11 selepas 12 perlawanan.
Forest mengulangi kejayaan musim lalu di Merseyside menerusi jaringan Murillo, Nicolo Savona dan Morgan Gibbs-White untuk membawa pulang tiga mata ke East Midlands.
Sejak tiba dari Newcastle pada jendela perpindahan musim panas, pemain antarabangsa Sweden itu sekadar menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan dalam sembilan penampilan.
Satu-satunya gol dijaringkan Isak hadir ketika aksi Piala Liga menentang Southampton pada September.
Prestasi Isak jelas belum mencapai tahap yang diharapkan, malah aksinya menentang Forest menambah tekanan ke atas dirinya.
Editor data bola sepak untuk Opta, Michael Reid berkata, Isak menjadi pemain pertama Liverpool yang tewas dalam empat penampilan sulung liga sejak Percy Saul melakukannya pada 1906.
Aksinya di Etihad pada Sabtu turut kurang meyakinkan apabila hanya mencatat 14 sentuhan – paling sedikit dalam kalangan pemain yang diturunkan.
Percubaan pertamanya ke arah gawang pula hanya hadir selepas minit ke-64 tapi ia tidak mengancam penjaga gol pelawat.
Ringkasan AI
- ALEXANDER Isak mencatat rekod tidak diingini dengan menyamai pencapaian 119 tahun lalu setelah kekalahan Liverpool kepada Nottingham Forest
- Isak bermain dalam kekalahan keenam Liverpool dalam tujuh perlawanan EPL, menjadikan mereka di tangga ke-11 selepas 12 perlawanan
- Forest memenangi perlawanan di Anfield dengan jaringan Murillo, Nicolo Savona dan Morgan Gibbs-White
- Sejak berpindah dari Newcastle, Isak hanya menyumbang satu gol dan satu bantuan dalam sembilan penampilan
- Isak menjadi pemain pertama Liverpool yang kalah dalam empat penampilan sulung liga sejak Percy Saul pada 1906






