Penyanyi Mawi berkata dia tiada masalah jika diberi peluang untuk berduet dengan anak kepada bekas tunangnya, Ina Naim iaitu Ehmad Hadie.
Memetik mStar Online, Mawi berkata dia terbuka berduet dengan penyanyi baru namun perlu melihat pada kesesusaian lagu yang diberikan.
BACA: “Masa AF Lagi Dia Dah Pakai Mendonia” – Dr Fie Kagum Dengan Mawi
“Saya okay sahaja untuk berduet dengan dia (Hadie), tiada masalah. Tapi, saya kena tengok dahulu kepada lagu itu juga. Kalau sesuai, saya memang tiada masalah. Saya okay sahaja untuk berduet dengan pendatang baru,” katanya.
Dalam pada itu, Mawi turut memuji program realiti Talk To My Manager untuk mencungkil bakat baharu dalam industri seni tanah air.
“Industri hiburan ini datang dan pergi jadi program ini satu platform yang bagus dalam melahirkan bakat baharu sebab kita ada pelapis.
“Tujuan nak jadi penyanyi itu apa? Untuk terkenal atau nak sampaikan sesuatu, nyanyi ini ada satu tugas yang besar kerana ada satu mesej yang perlu disampaikan.
“Populariti juga perlu kerana kalau tidak terkenal tiada orang pula yang mahu dengar lagu yang dihasilkan jadi perlu seiring kalau rezeki,” katanya.
Sumber: mStar Online





