Bekas timbalan MB Kelantan, Hussein Ahmad meninggal dunia

Bekas timbalan MB Kelantan, Hussein Ahmad meninggal dunia



am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Bekas timbalan menteri besar Kelantan, Tan Sri Hussein Ahmad, 90, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Lemal, di sini, 7 pagi tadi

Cucunya, Mohammad Redzuan Rosli, 34, berkata, sebelum ini, datuknya dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selama seminggu dan dibawa balik ke rumah, Rabu lalu.

Katanya, namun, keadaan datuknya yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia itu, semakin tidak stabil sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

“Arwah sudah lama menghidap penyakit Parkinson, kencing manis dan juga jantung, namun keadaan kesihatannya merosot sejak enam bulan lalu, selain sering keluar masuk hospital untuk rawatan.

“Alhamdulillah, di sepanjang waktu sakitnya ramai yang datang melawat termasuk kepimpinan tertinggi negara serta ahli politik, memandangkan dia sendiri masih bersemangat dalam perjuangan politik walaupun sudah berusia.

“Insya-Allah, sebaik selesai dimandikan serta solat jenazah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Islam Mengelong di sini, selepas solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohammad Redzuan berkata, datuknya itu meninggalkan enam cahaya mata dan lebih 30 cucu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top