Aaron Aziz Akui Dah Berusia, Kena Drip Empat Beg Air Lepas Babak Bertarung

Aaron Aziz Akui Dah Berusia, Kena Drip Empat Beg Air Lepas Babak Bertarung


Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata dia terpaksa dimasukkan ke hospital ketika menjalani penggambaran filem aksi terbaharu, Banduan selepas mengalami keletihan.

Memetik HibGlam, Aaron berkata selepas beberapa hari melakonkan babak pertarungan untuk filem berkenaan tibuhnya lemah namun tetap teruskan penggambaran.

BACA: Aaron Aziz Tak Tenang Anak Kena Saman RM2 Juta

“Filem ini memang banyak babak berlawan. Ada babak pengarah minta buat sekali take saja, jadi saya cuba beri sehabis baik. Saya selalu tanya dengan pengarah sama ada dia berpuas hati atau tidak.

“Mungkin sebab dah berumur, selepas beberapa hari berlawan, sakit badan tak hilang-hilang. Saya dah makan ubat radang pun tak jalan. Habis shooting pagi tu, saya terus ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata doktor memaklumkan dia mengalami dehidrasi teruk sehingga memerlukan drip air dan pada malam tersebut dia tetap ke set untuk meneruskan penggambaran.

“Bila doktor buat pemeriksaan, darah tunjuk badan saya dah dehidrasi. Kena minum air banyak untuk buang toksin.

“Empat beg drip masuk barulah stabil. Doktor nasihat saya cuti dua atau tiga hari untuk rehat. Saya beritahu doktor, malam itu juga kena keluar sebab masih ada penggambaran.

“Doktor kata saya gila, tapi bagi saya itu komitmen sebagai pelakon. Bila diberi kepercayaan dan peluang, kena korban apa pun. Kalau sakit, kita kuatkan juga,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top