Aaron Aziz Tak Tenang Anak Kena Saman RM2 Juta

Aaron Aziz Tak Tenang Anak Kena Saman RM2 Juta


Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata hatinya tidak tenang susulan anak perempuannya, Dwi Ariana disaman RM2 juta oleh pempengaruh media sosial, Sharina Richie.

Memetik mStar Online, Aaron berkata dia tidak menolak anaknya sembunyikan perasaan sebenar kerana tidak mahu membebankan keluarga apatah lagi kini melanjutkan pelajaran di luar negara.

BACA: Aaron Aziz Terkejut Pempengaruh Nak Saman Anak RM2 Juta

“Susah nak cakap sebab kami jarang berjumpa kerana duduk jauh. Bila berbual melalui telefon, dia nampak gembira, tapi kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Baru-baru ini dia ada mesej saya luahkan rasa rindu,” katanya.

Bagaimanapun, Aaron yakin anaknya mampu hadapi situasi berkenaan apatah lagi dia merupakan pelajar jurusan psikologi. 

Tambahnya lagi, Aaron menyerahkan kepada pihak peguam berhubung kes saman melibatkan anaknya itu dan tidak banyak boleh dikongsikan kerana belum masuk ke mahkamah lagi.

“Saya rasa dia sudah dewasa. Lagipun dia mengambil jurusan psikologi, jadi semua ini bukan masalah besar. Saya rasa tak banyak boleh dikongsikan. Kita tengok dulu bila dah masuk ke mahkamah nanti baru boleh kongsi,” katanya.

Terdahulu, konflik antara keluarga Aaron dan Sharina mula timbul berikutan penularan sebuah video yang memaparkan kenyataan berbaur sensitif.

Video tersebut memaparkan Sharina mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin sehingga menjadi bualan ramai. 

Bagaimanapun, Sharina telah memadam hantaran berkenaan serta memohon maaf secara terbuka kepada Aaron. Namun, Sharina kemudian membuat laporan polis selepas menerima kecaman serta ugutan  berikutan isu berkenaan.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top