Aaron dijangka pulih sebelum Seluruh England

Aaron dijangka pulih sebelum Seluruh England



saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah akan tetap beraksi di Seluruh England yang bermula Selasa ini meskipun Aaron belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, Aaron sedang menjalani proses pemulihan bersama fisioterapi dan dijangka pulih sebelum bermulanya kejohanan itu.

“Untuk Seluruh England, mereka akan bermain. Aaron sedang menjalani rawatan pemulihan bersama fisioterapi di bahagian bahunya. Kami akan terus memantau perkembangan kecederaan Aaron itu dan saya akan mendapatkan laporan daripada fisioterapi dari semasa ke semasa,” kata Rexy.

Sebelum ini penampilan beregu nombor dunia itu di Seluruh England mencetuskan persoalan selepas mereka tewas di tangan gandingan muda China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun 18-21, 8-21 pada pusingan pertama Masters Orleans, kelmarin.

Aksi di Masters Orleans adalah kejohanan pertama bagi Aaron-Wooi Yik selepas kali terakhir tampil pada Masters Indonesia, Januari lalu yang menyaksikan mereka mara ke separuh akhir.

Pada saingan Seluruh England, Aaron-Wooi Yik yang mara ke pentas final tahun lalu, dijadual akan bertemu gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard seawal pusingan pertama.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top