Aaron-Wooi Yik dikejutkan beregu profesional negara di Jepun

Aaron-Wooi Yik dikejutkan beregu profesional negara di Jepun


Aaron (kanan) dan Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Jepun di Tokyo pada Khamis. Foto Agensi.

SKUAD beregu negara berada dalam kelas tersendiri apabila tiga gandingan sensasi melangkah ke pusingan kedua Terbuka Jepun di Tokyo pada Rabu.

Bagaimapun kejutan terbesar berlaku apabila pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah straight set di tangan gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam aksi pusingan pertama.

Dalam saingan di Gimnasium Metropolitan itu menyaksikan pasangan nombor 30 dunia itu menang 21-15, 21-15 dalam masa setengah jam permainan.

Yew Sin-Ee Yi akan berdepan pemenang antara Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun atau wakil Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith dalam aksi pusingan kedua pada Khamis.

Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah pula hanya mengambil masa selama 31 minit untuk menewaskan pasangan adik beradik Gabriela-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-16, 21-14.

Menanti gandingan nombor tiga dunia itu dalam saingan 16 terbaik ialah Hsieh Pei Shan-Hung En-T dari Taiwan atau wakil AS, Francesca Corbett-Jennie Gai.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah Man Wei Chong-Tai Kai Wun yang menumpaskan rakan sepelatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wan Arif Junaidi-Yap Roy King.

Pasangan nombor tujuh dunia itu ditentang sengit pada set pertama sehingga ke mata maksimum sebelum menang 30-28.

Wan Arif-Roy King cuba bangkit pada permainan kedua, namun mereka bagai hilang kudrat apabila terpaksa akur tewas 12-21 dalam tempoh 42 minit permainan.



Source link

OR

Scroll to Top