Aaron-Wooi Yik kecundang di final Terbuka Artik

Aaron-Wooi Yik kecundang di final Terbuka Artik

Aaron-Wooi Yik kecundang di final Terbuka Artik


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk muncul juara di Terbuka Artik tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil England, sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Vantaa, Finland hari ini, beregu ke-15 dunia, Ben Lane-Sean Vendy berjaya mencipta kejutan ke atas pilihan pertama kejohanan, Aaron-Wooi Yik dalam pertarungan tiga set 21-18, 25-27, 21-17 memakan masa 76 minit.

Pasangan England itu bermula cukup baik untuk menang di set pertama dan hampir menoktahkan kemenangan dalam straight set tetapi gandingan negara itu berjaya bangkit untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Di rubber set, ternyata Lane-Vendy terus mempamerkan corak permainan meyakinkan dan tidak membenarkan lawan mereka menjarakkan kedudukan.

Beregu ke-15 dunia itu mengambil kesempatan dengan meraih empat mata berturut-turut sekali gus mengecewakan wakil negara untuk muncul juara malam ini.

Untuk rekod, bagi tahun 2025, bekas juara dunia 2022 itu berjaya meraih tiga kejuaraan iaitu di Kejohanan Badminton Asia (BAC), Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura, selain mara ke pentas akhir sebanyak dua kali.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top