BEREGU badminton utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik tidak berdepan banyak tentangan apabila mara ke pentas final Terbuka Artik Super 500 selepas menundukkan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren–Dechapol Puavaranukroh dalam straight set, 21-15, 21-14 di Energia Areena, Vantaa, Finland.
Kemenangan mudah dalam masa 36 minit itu turut menyaksikan juara dunia 2022 tersebut mengekalkan rekod bersih 4-0 dalam pertemuan dengan lawan yang juga pilihan kelapan kejohanan.
Pasangan ranking nombor satu negara itu tampil lebih tenang dan tajam di jaring, sekali gus memaksa gandingan Thailand yang turut berada di ranking ke-13 dunia banyak melakukan kesilapan sendiri.
Kemenangan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengesahkan tiket ke final keenam musim ini, menambah koleksi konsistensi mereka dalam Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun 2025.
Final bakal mempertemukan Aaron- Wooi Yik dengan Ben Lane–Sean Vendy dari England juga merupakan pertemuan kesepuluh antara kedua-dua pasangan.
Ringkasan AI
- Beregu badminton utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik mara ke pentas final Terbuka Artik Super 500 dengan menundukkan pasangan Thailand dalam straight set
- Kemenangan dalam masa 36 minit itu mengekalkan rekod bersih 4-0 dengan lawan tersebut
- Pasangan ranking nombor satu negara itu bermain tenang dan tajam di jaring, memaksa lawan banyak melakukan kesilapan
- Kemenangan tersebut mengesahkan tiket ke final keenam musim ini untuk Aaron-Wooi Yik
- Final bakal mempertemukan mereka dengan Ben Lane–Sean Vendy dari England, pertemuan kesepuluh antara kedua-dua pasangan