Aaron-Wooi Yik kian hampir bergelar No 1 dunia

Aaron-Wooi Yik kian hampir bergelar No 1 dunia


Aaron (kanan) dan Wooi Yik berpeluang untuk menambah kutipan mata pada Terbuka Indonesia di Jakarta minggu ini.Foto AFP.

JUARA Terbuka Singapura 2025, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kian hampir untuk memintas beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai pasangan nombor satu dunia.

Gelaran Kejohanan Badminton Asia (BAC) di China April lepas dan kejuaraan Terbuka Thailand pertengahan bulan lalu serta naib juara Malaysia Masters memacu Aaron-Wooi Yik untuk mengumpul 89,870 mata dan kekal di ranking ketiga dunia.

Pungutan mata tersebut hanya dibezakan 1,220 untuk menyamai kutipan mata Sze Fei-Nur Izzuddin yang sudah memungut 91,090, sekali gus meletakkan pasangan itu di kedudukan teratas ranking sejak minggu lalu.

Pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen pula di tangga kedua dengan 90,411 mata.

Perkembangan tersebut dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi kemas kini terbaharu pada Selasa.

Kejohanan Terbuka Indonesia berstatus Super 1,000 yang bermula Selasa bakal mengubah kedudukan ranking tersebut.

Malah lebih menarik, selain tumpuan ke arah Aaron-Wooi Yik serta Sze Fei-Nur Izzuddin, mata rakyat Malaysia akan turut memerhati satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia.

Pada pusingan pertama kejohanan di Jakarta itu bakal menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan pasangan adik beradik dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, Aaron-Wooi Yik pula akan menentang Rasmus Kjaer-Frederik-Segaard dari Denmark.

Man-Tee yang masih segar dengan gelaran Terbuka Malaysia dua minggu lalu bakal membuat perhitungan dengan wakil Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith.



Source link

OR

Scroll to Top