Aaron–Wooi Yik tepati ramalan

Aaron–Wooi Yik tepati ramalan

Aaron–Wooi Yik tepati ramalan


aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, menepati ramalan mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 selepas menewaskan beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi–Presley Smith, di Axiata Arena, hari ini.

Kejayaan itu meneruskan hari cemerlang kem badminton negara apabila kesemua lima wakil Malaysia yang beraksi hari ini berjaya melangkah ke pusingan seterusnya bermula dengan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Diikuti pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, Arfi Junaidi-Yap Roy King (beregu lelaki) dan Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) sekali gus mengikut jejak lima lagi wakil negara yang sudah mengesahkan kemaraan mereka semalam, memberi isyarat positif buat penyokong negra di kejohanan berprestij itu.

Pasangan ranking kedua dunia itu bermula garang apabila menguasai set pertama dengan kemenangan mudah 21-11, mempamerkan ketajaman serangan serta kawalan permainan yang kemas.

Namun set kedua menyaksikan perlawanan bertukar tegang apabila Aaron–Wooi Yik ketinggalan 16-19 sebelum mempamerkan ketahanan mental tinggi untuk bangkit menyamakan kedudukan 19-19.

Momentum itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila mereka mula mendahului 20-19 sebelum mengesahkan kemenangan 21-19, sekali gus mencatatkan rekod pertemuan 1-0 ke atas lawan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top