Aaron-Wooi Yik tersungkur di tangan wakil England, Pearly-Thinaah cemerlang tempah slot suku akhir Terbuka Artik

Aaron-Wooi Yik tersungkur di tangan wakil England, Pearly-Thinaah cemerlang tempah slot suku akhir Terbuka Artik



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersungkur di pusingan kedua Terbuka Artik di Vantaa, Finland, selepas tewas kepada pasangan England, sebentar tadi.

Beregu lelaki utama negara itu sebelum ini terpaksa melupakan beberapa kejohanan utama termasuk Terbuka China tewas mengejut kepada pasangan yang berada di ranking 16 dunia Ben Lane dan Sean Vendy 13-21,8-21 dalam tempoh 31 minit.

Diletakkan sebagai pilihan ketiga di Terbuka Artik yang berstatus Super 500 BWF (Persekutuan Badminton Dunia), Aaron-Wooi Yik mampu untuk mengekang setiap asakan Lane-Vendy yang cukup tangkas menguasai gelanggang untuk merakamkan kemenangan mengatasi wakil negara.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Lane-Vendy berjaya merekodkan kemenangan kedua mengatasi Aaron-Wooi dalam enam pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak berhadapan masalah untuk mengesahkan tempat ke suku akhir selepas membenam beregu wanita gabungan wakil dari Belanda dan Ukraine iaitu Kirsten De Wit serta Mariia Stoliarenko 21-10,21-11.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan beraksi cemerlang dengan menguasai kedua-dua set sebelum memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top