Abang kepada usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa hutang berjumlah RM15,000 masih belum dijelaskan oleh pelakon Azar Azmi sejak enam tahun lalu.
Memetik Oh Bulan, Abiejam berkata wang tersebut disalurka sebagai bantuan kepada Azar untuk memulakan perniagaan, termasuk penyediaan barangan dan sokongan untuk siaran langsung.
BACA: “Saya Baru Keluar Hospital, Perlu Duit Jalani Rawatan” – Suami Azar Azmi Rayu Jaminan Dikurangkan
Menurutnya lagi, selepas wang tersebut diberikan Azar didakwa terus menghilang serta tidak menjawab panggilan serta mesejnya.
“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.
“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.
“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Abiejam berkata dia mempunyai bukti berkenaan kenyataannya itu serta bersedia untuk disaman jika dakwaannya itu tidak benar.
“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama,” katanya.
Dalam pada itu, Abiejam berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menghubungi Azar serta berharap pelakon itu melunaskan hutang berkenaan.
“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






