Pelakon Abby Abadi bersetuju dengan nasihat yang disampaikan bapa kepada penyanyi Amira Othman mengenai ujian pasangan suami isteri dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata dia menangis mendengar ucapan bapa Amira serta mengatakan jika pasangan suami isteri bergaduh sebaiknya berusaha untuk selesaikan masalah.
BACA: “Jangan Benarkan Lelaki Kahwin Lain Jika Nafkah Masih Tertunggak” – Abby Abadi

“Betul cakap ayah Amira Othman. Bergaduh macam mana sekali pun, jangan keluar rumah dan jangan berpisah tempat tidur. Sebab dari situlah ruang kepada….
“Ucapan ayah Amira buat saya menangis sebab arwah ayah dulu tak pandai bagi nasihat panjang-panjang,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata nasihat diberikan tersebut adalah benar kerana dia juga lalui ujian dalam rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu.
“Yang pasti, kata-kata ini benar sebab saya pernah laluinya sendiri. Semua yang berlaku datang daripada usaha kita, jangan asyik salahkan takdir,” katanya.
Dalam majlis resepsi Fattah Amin dan Amira pada Sabtu lalu, ucapan oleh bapa Amira menjadi perhatian ramai serta mengundang sebak dikalangan netizen.