Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menegur lambakan adegan yang disifatkan sebagai tidak wajar dalam drama tempatan khususnya membabitkan aksi bersentuhan dan berpakaian mencolok mata.
Kata Abby, dunia lakonan juga perlu diberi perhatian serius kerana setiap babak dalam drama Melayu mampu memberi kesan kepada penonton dan pelakon sendiri.
“Ya setuju dunia lakonan pun harus diberi perhatian.
“Babak-babak mencolok mata, bersentuhan, berkemban semua tu minta dielakkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan pandangan peribadinya terhadap pelakon yang sudah berkahwin tetapi digandingkan dalam adegan intim sehingga menimbulkan ketidakselesaan.
Malah, perkara sedemikian boleh menjadi punca kepada masalah yang lebih besar dalam kehidupan seseorang sekiranya hal sedemikin tidak dibendung.
“Suami atau isteri orang kalau bergandingan, janganlah bersentuhan, cium kepala, cium dahi bagai… Jangan! Zina berat tu.
“Itu semua punca jadi masalah besar pada kehidupan kita… Andai semua mengetahui,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi
ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup Bertuah Dapat Suami Pengasih & Penyayang..”- Abby Abadi Harap Rumah Tangga Pempengaruh Indonesia Dapat Diselamatkan
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fitnah Pengantin? Abby Abadi Tampil Bersuara!
ARTIKEL BERKAITAN:“Minat Pada Sesiapa Pun, Jangan Berlebihan” – Teruk Dicaci, Abby Abadi Kesal Kenyataan Disalah Tafsir





