Penyanyi dah pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur menerima mas kahwin yang sudah lama tertangguh daripada bekas suaminya, Norman Hakim.
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya Muhammad Faizal Zakaria dan Memey Suhaiza kerana tidak pernah campur isu berkenaan.
BACA: Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Sanding Indah Buat Marissa
@abbyabadi.exclusive Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. ?Terima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yg tertunggak setelah berkemampuan.. Awk kata tak perlu share.. tapi takpelah, Sy suka nak share.. bukan sbb tak habis2 .. tp memang tak pernah selesaipun ?? Sy terus menunggu dgn penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah Sy sebuah Mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana… & duit belanja besar jugaaaa nanti ..Aminnnn!! ?? Tolong Aminkannnnn kawan2 ??
“Dengan tenangnya, saya kongsi serba sikit biar semua tahu, yang ni dah selesai setelah 22 tahun ya. Terima ksasih suami & Memey tak pernah campur urusan-urusan yang tertangguh.
“Bukan nak share sangat pun sebenarnya cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun ni.. rezeki saya, tetap rezeki saya.. Alhamdullilah,” tulisnya.
Sementara itu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana isu tersebut sudah pun diselesaikan selepas bekas suaminya itu sudah berkemampuan.
“Terima Kasih Norman Hakim sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu share tapi tak pelah, saya suka nak share.
“Bukan sebab tak habis-habis tapi memang tak pernah selesaipun. Say terus menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat,” tulisnya.






