AC Milan mudah atasi Empoli

AC Milan mudah atasi Empoli


Milan: AC Milan harus berterima kasih kepada Rafael Leao dan Santiago Gimenez apabila dua gol itu membolehkan AC Milan menang 2-0 mengatasi Empoli dalam saingan Serie A, ketika kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain.

Selepas agak buntu di babak pertama, pengendali Milan, Sergio Conceicao membuat beberapa pertukaran untuk menguatkan jentera serangan pasukan.

Ia termasuk mempertaruhkan Gimenez, Leao dan Christian Pulisic yang masuk di separuh masa kedua sekali gus membawa impak segera diharapkan.

Percaturan itu membuahkan hasil Leao meledak gol pertama pada minit 68 sebelum Gimenez menambah kelebihan di minit 76, untuk menghadiahkan tiga mata penuh kepada Milan.

Kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain di mana pemain Milan, Fikayo Tomori terlebih dulu diperintahkan keluar padang pada minit 54 selepas mengutip dua kad kuning.

Nasib sama turut melanda pemain Empoli apabila Luca Marianucci pula dibuang padang selepas semakan VAR mendapati Marianucci melakukan kekasaran di minit 65.

Kemenangan Milan itu membolehkan pasukan itu berada di tangga ketujuh liga dengan mengumpul 38 mata selepas mengharungi 23 aksi setakat ini.

Kejayaan itu pastinya menyuntik motivasi Milan untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Feyenoord pada Rabu ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top