AC Milan pecat Fonseca selepas hanya enam bulan

AC Milan pecat Fonseca selepas hanya enam bulan


Rom: AC Milan memecat pengurus, Paulo Fonseca, hari ini, selepas hanya enam bulan membimbing pasukan berikutan kelab gergasi Itali itu gagal mencabar saingan Serie A.

Pengendali berusia 51 tahun dari Portugal itu memaklumkan lebih awal dia dipecat apabila dia meninggalkan San Siro ketika sidang media selepas seri dengan AS Roma, semalam.

Rakan senegaranya, Sergio Conceicao dijangka menggantikan Fonseca yang pernah mengemudi Shakhtar Donetsk, Roma dan Lille.

Keputusan seri 1-1 itu adalah kali keenam musim ini dan meletakkan mereka di tangga ketujuh liga, iaitu ketinggalan lapan mata di belakang Lazio yang menduduki tangga keempat serta slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Mereka ketinggalan 12 mata di belakang musuh setempat, Inter yang bersaing memburu trofi liga.

“AC Milan mengumumkan Paulo Fonseca dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad utama lelaki,” umum kenyataan kelab itu.

“Kelab berterima kasih kepada Paulo atas sikap profesionalisme dipamerkannya dan berharap dia melalui masa depan yang cemerlang.”

Conceicao, 50, memiliki pengalaman sebagai pemain di Serie A dan dilantik selepas menghabiskan tempoh tujuh tahun sebagai jurulatih Porto pada Jun tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top