ACLE: Harimau Selatan baham The Panda di Chengdu

ACLE: Harimau Selatan baham The Panda di Chengdu


Kesebelasan utama JDT. Foto Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih tiga mata berharga apabila menewaskan kelab China, Chengdu Rongcheng 2-0 pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Selasa.

Skuad Harimau Selatan itu membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Oscar Arribas.

Tersentak dengan gol berkenaan, tuan rumah dilihat mula bangkit mengatur asakan ke gawang JDT dalam usaha menyamakan kedudukan.

Namun, benteng pelawat diterajui Eddy Israfilov berjaya mengekang asakan-asakan bertali arus skuad The Panda itu hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Namun tuah nyata berpihak kepada JDT apabila Nacho Méndez. Menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-62.

Penghujung perlawanan menyaksikan skuad Harimau Selatan itu semakin hebat mengasak ke gawang tuan rumah bagi meledak jaringan tambahan.

Bagaimanapun, tiada jaringan berjaya dihasilkan bagi menyaksikan kedudukan 2-0 berpihak kepada pelawat bagi membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan itu menyaksikan JDT melonjak pada kedudukan keempat dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas sekali setelah mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Ringkasan AI

  • SKUAD Johor Darul Ta’zim menewaskan kelab China, Chengdu Rongcheng 2-0 dalam Liga Juara-Juara Asia Elit
  • Oscar Arribas membuka jaringan pada minit kelima
  • Eddy Israfilov memimpin benteng pertahanan JDT berjaya mengekang serangan bertali arus tuan rumah hingga tamat babak pertama
  • Nacho Méndez menjaringkan gol kedua untuk JDT pada minit ke-62
  • Kemenangan ini membawa JDT ke kedudukan keempat dalam kumpulannya dengan empat mata



Source link

OR

Scroll to Top